Setelah MKN kata PM tak langgar SOP, orang ramai mula ziarah kubur

MKN

Setelah MKN kata PM tak langgar SOP, orang ramai mula ziarah kubur.Orang ramai mula menziarahi kubur ahli keluarga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) susulan yang ditetapkan.

Tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, hari ini mendapati beberapa penduduk menziarahi pusara waris masing-masing.

Seorang penduduk, Burhanudin Majid, 61, berkata, selepas mendapat tahu kerajaan memberi kebenaran untuk rakyat menziarahi tanah perkuburan, dia meluangkan sedikit masa melawat kubur datuknya, Allahyarham Ali Omar dan neneknya, Allahyarhammah Kalsom Ibrahim.

Katanya, dia meluangkan masa membaca surah Yassin dan doa buat roh datuk dan neneknya selepas beberapa bulan tidak dapat mengunjungi pusara mereka.

“Saya bersyukur kerana kerajaan membenarkan rakyat menziarahi kubur selepas lebih tiga bulan tidak dapat berbuat demikian termasuk pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya ketika ditemui.

MKN

Bapa kepada empat anak itu berkata, walaupun datang seorang diri, dia tetap memakai pelitup muka dan mematuhi SOP sedia ada.

Media semalam melaporkan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menziarahi kubur kedua ibu bapanya tidak melanggar SOP berikutan tiada secara khusus dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini.

Beliau berkata, aktiviti ziarah itu tidak membabitkan kumpulan individu yang ramai dan bukan berlaku setiap hari serta mereka yang hadir memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

SOP ziarah kubur dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini khusus sempena sambutan Aidiladha dan Aidilfitri kerana dikhuatiri berlaku kehadiran pengunjung yang ramai pada satu-satu masa,” katanya

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/08/748503/orang-ramai-mula-ziarah-kubur

BACA: Panas !!! Belum pun angkat sumpah, Faizal didakwa mula salahguna kuasa

Artikel ini disiarkan pada 30/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)