Setelah kantoi

Setelah kantoi, akhirnya Rashid akui bukan video lama

Setelah kantoi, akhirnya Rashid akui bukan video lama. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon mengaku menghadiri kenduri durian baru-baru ini dan bukan tahun lalu seperti yang didakwa sebelumnya.

Dia juga meminta maaf atas kesalahannya dan berjanji akan memberikan kerjasama dengan pihak polis yang sedang menyiasat insiden itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rashid berkata kekeliruan timbul apabila terdapat pihak media yang menghubunginya bagi bertanyakan mengenai video berkenaan dan dia menjawab soalan tanpa menonton terlebih dahulu rakaman tersebut.

Setelah kantoi

“Setelah selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, barulah saya ada kesempatan untuk analisa video yang terkait pada saya.

“Saya mohon maaf atas kekhilafan ini dan menyerahkan siasatan lanjut dan saya berjanji untuk memberikan kerjasama kepada pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Rashid bersama Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara menghadap Agong bagi membincangkan isu pembukaan semula Parlimen.

Timbalan speaker itu baru-baru ini dirakam lensa kamera sedang menikmati acara makan durian dengan sekumpulan individu.

Acara itu dikatakan berlangsung di kawasannya di Batu Pahat pada Ahad lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Rashid mengatakan kenduri durian itu berlaku tahun lalu dan ia merupakan “video lama”.

Pembantunya juga mengatakan kehadiran seorang individu di pesta durian itu dengan memakai pakaian yang sama dengan acara sebelumnya di Majlis Perbandaran Batu Pahat, berlaku secara “kebetulan”.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/581108

Jika Anda Terlepas : Netizen hairan isteri Menteri terlalu cepat naik pangkat

CATEGORIES