Setelah fatwa Android Box, mufti digesa jelaskan ‘fatwa’ untuk 5 situasi… No 5 tu win…

Setelah fatwa Android Box, mufti digesa jelaskan ‘fatwa’ untuk 5 situasi… No 5 tu win.Perbuatan pengguna Android Box yang mencuri tengok siaran berbayar sudah difatwakan “salah” oleh mufti.

Saya pohon mufti keluarkan pula “fatwa” untuk lima situasi berikut:

i. Pemilik syarikat telekomunikasi yang mengambil bayaran bulanan penuh tetapi perkhidmatan macam hampas.

ii. Kerajaan yang mengutip cukai jalan kenderaan secara penuh, tapi jalan berlubang-lubang.

iii. Syarikat air yang mengenakan caj penggunaan air tapi membekalkan air tidak bersih.

iv. Orang-orang kaya yang menyimpan wang berbilion-bilion ringgit di luar pesisir untuk mengelak cukai.

v. Duta-duta khas yang dilantik bergaji puluhan ribu sebulan tapi tak jelas bidang tugas.

Sumber:

BACA: Varian baharu Covid-19 ditemui, dilapor kebal terhadap vaksin