Setelah 18 hari, krisis air di Terengganu dijangka selesai hari ini

Selepas 18 hari terputus bekalan air, lebih 150,000 penduduk di daerah ini dan Kuala Terengganu boleh menarik nafas lega kerana krisis itu dijangka pulih sepenuhnya awal pagi esok.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, bermula pagi ini bekalan air bersih sudah mula disalurkan secara berperingkat ke rumah golongan terjejas.

Bagaimanapun, katanya, hanya empat peratus meliputi 1,220 kediaman pengguna yang terletak di hujung kawasan liputan akan kembali menerima bekalan air tersebut esok.

Setelah 18 hari, krisis air di Terengganu dijangka selesai hari ini

“Bekalan air itu disalurkan daripada Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Berapit yang baharu beroperasi dengan keupayaan 60 juta meter liter padu sehari (MLD).

“Alhamdulillah, pemulihan air ini tiga hari lebih awal daripada jadual sebenar iaitu 12 September ini (Ahad),” katanya dalam sidang akhbar di Dewan Serbaguna Tepoh di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Burhanudin Hilmi [email protected] dan Ketua Pegawai Eksekutif Satu, Abdul Karim Endut.

Dalam pada itu, Mamad berkata, kerja-kerja pembaikan paip dasar sungai Tangki Berangan yang patah kini sudah mencapai 50 peratus dan dijangka siap mengikut jadual pada Ahad ini.

Katanya, perkembangan itu sekali gus menyaksikan bekalan air di daerah ini dan Kuala Terengganu akan menggunakan kedua-dua LRA tersebut.

Krisis air 2.0 di Terengganu berlaku sejak 23 Ogos lalu berikutan paip dasar Sungai Tangki Berangan patah.

Insiden itu berlaku 10 hari selepas paip sama selesai dibaiki akibat pecah hingga menyebabkan pengguna terputus bekalan air selama 12 hari.

Berita Penuh : https://utusan.news/nasional/2021/09/krisis-air-di-terengganu-selesai-pagi-esok/

BACA JUGA : Malaysia bakal guna sistem tol tanpa palang?

COMMENTS