Set penggambaran terpaksa berehat 3 jam! Gara-gara pelakon terkenal terkentut

Oleh NADIA HARON

Pelakon terkenal dilaporkan pernah terkentut di set penggambaran filem Men In Black, menyebabkan lokasi tersebut ditutup selama tiga jam.

Menurut pengarah filem itu, Barry Sonnenfeld, kejadian tersebut berlaku semasa Will Smith sedang melakonkan babak di dalam sebuah kereta.

Disebabkan bau kentut yang terlalu busuk, pelakon dan krew terpaksa memanjat bumbung kenderaan untuk keluar kerana pintu kereta tidak dapat dibuka.

“Saya sudah lihat Will sedang bersiap untuk sebuah babak dalam kereta. Kereta itu dikunci kerana tidak mahu ia terbuka.

“Malang tidak berbau, tiba-tiba Will meminta maaf kepada kami semua, dan tiba-tiba bau kentutnya sudah memenuhi ruang kereta.

Set penggambaran terpaksa berehat 3 jam! Gara-gara pelakon terkenal terkentut

“Kami terus ambil tangga dan cepat-cepat memanjat keluar dari kereta, memang busuk betul kentutnya.”

Sejak kejadian itu, tiada lagi orang yang berani duduk di ruang kecil bersama Will Smith. Mereka tidak mahu menjadi mangsa bau kentut pelakon itu.

BACA: Rupanya ini sebab projek Pan Borneo di Sabah lambat siap