Seram !!! Kucing dah siap kebumi tiba-tiba pulang balik ke rumah

Hanya yang pernah melalui saja yang dapat merasakan betapa peritnya untuk menerima kematian kucing tersayang. Manakan tidak, sudah bertahun hidup bersama bagaikan keluarga sendiri, ‘pemergiannya’ akan meninggalkan kesan yang amat mendalam.

Seperti yang dilalui oleh sebuah keluarga di Belfast ini yang terpaksa menerima kenyataan setelah kucing kesayangan mereka ditemui mati di atas jalan raya.

Menurut Mirror.co, kucing yang berusia 14 tahun itu pada awalnya dilaporkan hilang sebelum ia ‘ditemui’ di jalan raya berdekatan rumah mereka keesokan harinya.

Freddy dan Sinead O’Cleirigh mengatakan mereka sedih dan terkejut ketika menemui kucing yang bernama Simba itu terbaring kaku.

Kucing dah siap kebumi tiba-tiba pulang balik ke rumah

“Simba tidak pulang ke rumah dan suami saya yang bangun lebih awal untuk pergi ke gimnasium telah melihat seekor kucing mati dilanggar sebuah kereta, saya dan anak-anak menangis melihat keadaannya yang menyayat hati,” kata Sinead.

Pasangan itu telah membawa kucing tersebut ke doktor haiwan dan mengadakan upacara pengebumian dengan membakar sebagai penghormatan terakhir kepada kucing itu.

Pun begitu, setelah beberapa jam kemudian, mereka terkejut apabila mendapat Simba muncul di depan pintu rumah.

“Semua orang menjerit dan mengatakan Simba telah kembali dari ‘kematian’ dan kami semua sangat gembira,” katanya.

Rupa-rupanya, kucing yang mati itu merupakan kucing lain yang mempunyai warna yang sama dengan Simba.

Rakaman CCTV di rumah mereka telah merakam detik-detik menyentuh emosi ketika Simba pulang semula.

Keluarga tersebut juga telah menggunakan media sosial untuk mengesan pemilik kucing yang telah mati itu dan mengembalikan abu kepada mereka.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/10/dah-buat-upacara-pengebumian-keluarga-ini-terkejut-kucing-kesayangan-baru-mati-pulang-ke-rumah-semula/

BACA JUGA : Setelah teruk dihentam orang ramai, Masjid Putra akhirnya mohon maaf

COMMENTS