Sera kongsi perbualan whatsapp dengan Shuk, 'rasa bodoh tertipu bahagia palsu'

Sera kongsi perbualan whatsapp dengan Shuk, ‘rasa bodoh tertipu bahagia palsu’

Sera kongsi perbualan whatsapp dengan Shuk, ‘rasa bodoh tertipu bahagia palsu’. Semalam, video pelawak Shuk Sahar berada di sebuah mahkamah dengan peguam mencuri perhatian ramai orang kerana rata-rata tahu pergolakan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Selang beberapa jam, Rossalennah atau lebih mesra disapa Sera turut memuat naik sebuah rakaman video di TikTok dengan meminta agar pengacara berumur 36 tahun itu menjaga diri.

Selain itu, Sera juga berkongsi paparan skrin (screenshot) yang memaparkan pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar memohon agar diberi peluang untuk berubah ke arah lebih baik.

Saya tengah nak berubah. Saya nak jadi orang baik. Saya janji tak akan kahwin. Saya tengah usahakan. Untuk saya nak balik.

Saya akan bagi awak dan anak-anak senang. Awak tak tahu apa saya lalui. Saya sakit. Saya sunyi. Kalau saya tak kuat.

Sera kongsi perbualan whatsapp dengan Shuk, 'rasa bodoh tertipu bahagia palsu'

Demi Allah, Lillahi Ta’ala bahagia saya memang awak. Cuma saya bodoh tertipu dengan bahagia yang palsu. Saya minta maaf.

Ibu kepada dua cahaya mata ini membalas; ‘Berubah la Shukri. Aku tak pernah melarang. Aku sampai hari ini selalu nasihat dan menyokong kau pun.

@rossa.sera Tq , sy akan slu doakan dan support awak !! Kerja kuat2 untuk anak2 kita ok? Please kuat n kita sama2 move on 🥹🫶🏼♥️ #fyp ♬ suara asli – •ɪʀɢɪ🥀

baca:

JPA dah mula kaji pelaksanaan waktu kerja 4 hari seminggu

Nama Alya Iman kembali ‘trending’ selepas rampas suami orang dulu

CATEGORIES