“Sepupu ramai, total dah 40 orang, mak aku tetapkan nilai duit raya berapa aku kena bagi, aku sampai sesak memikirkan mana nak cekau duit raya ni?”

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Raya pada tahun ini bagi aku sama sahaja seperti raya di tahun – tahun sebelumnya.

Raya di rumah, ziarah rumah pakcik – pakcik dan makcik – makcik aku yang jaraknya sekangkang kera sahaja daripada rumah.

Arw4h atuk dan nenek kedua – dua beIah ibu dan ayah aku sudah lama meninggaI dunia. Jadi, tiada lagi ‘balik kampung’, cuma ziarah menziarahi sahaja.

"Sepupu ramai, total dah 40 orang, mak aku tetapkan nilai duit raya berapa aku kena bagi, aku sampai sesak memikirkan mana nak cekau duit raya ni?"

Alkisahnya, oleh sebab nak raya lagi beberapa hari, aku nak kongsi sikit ‘tr4uma’ aku bila sampai hari raya.

Kejadian berlaku pada raya tahun lepas. Masa tu, pagi raya ketiga. Mak aku tegur, “kaklong, duit raya dah bagi belum?”. Dah masuk 2 tahun aku bekerja, jadi memberi duit raya sudah menjadi ‘kewajipan’ bagi aku. Tapi sebenarnya aku pelik, dah lama aku pelik.

Baca Artikel Penuh