Sepatutnya ‘Nu’ tapi WHO namakan ‘Omicron’, ini sebabnya…

Sepatutnya ‘Nu’ tapi WHO namakan ‘Omicron’, ini sebabnya…

PENAMAAN varian baharu COVID-19 “Omicron” mencetuskan kekeliruan dalam kalangan penduduk dunia.

Sejak Mei lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggunakan huruf dalam abjad Yunani bagi menamakan varian baharu COVID-19.

Paling dominan merupakan “Delta” diikuti lapan lagi iaitu “Epsilon”, “Iota” dan “Lambda”.

Selepas penemuan varian baharu dengan nama saintifik B.1.1.529 minggu lepas di Afrika Selatan, pemerhati kesihatan menjangkakan WHO menamakan varian tersebut huruf seterusnya dalam abjad Yunani iaitu “Nu”.

Namun agensi kesihatan tidak menggunakannya juga abjad seterusnya iaitu “Xi” dan beralih kepada “Omicron”, huruf ke-15.

Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.

Sepatutnya 'Nu' tapi WHO namakan 'Omicron', ini sebabnya...

Abjad Yunani mempunyai 24 huruf.

Dalam satu kenyataan bertulis kepada agensi berita CNN, WHO menjelaskan “Nu” sering digunakan untuk menyatakan sesuatu yang baharu atau “new”.

“‘Xi’ mempunyai ejaan yang sama dengan kebanyakan nama keluarga penduduk dunia.

“Amalan terbaik WHO dalam menamakan penyakit baharu adalah untuk tidak menggunakan perkataan yang mungkin akan menyentuh perasaan mana-mana kumpulan dari segi kebudayaan, sosial, kebangsaan, rantau, profesional atau etnik,” jelas kenyataan itu.

Walaupun sebutannya berbeza, huruf “Xi” dieja sama dengan nama keluarga pemimpin China, Xi Jinping.

“Nama saintifik sesuatu penyakit mungkin sukar untuk disebut dan diingati.

“Oleh itu ramai lebih suka memberi nama tempat sesuatu varian atau penyakit itu ditemui.

“Namun amalan ini boleh dilihat sebagai satu penghinaan kepada tempat tersebut,” katanya.

Terdapat sembilan lagi huruf dalam abjad Yunani dan yang seterusnya adalah “Pi”.

BACA JUGA : Sudah bayar RM320 juta pampasan kepada Singapura, Ismail Sabri mahu sambung kembali HSR
Penting ambik dos penggalak dengan kehadiran Omicron – Timb Menteri

Artikel ini disiarkan pada 30/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)