Sepanjang Kemelut Politik Ini, Parti AMANAH Paling Menyerlah

Dalam ketidak stabilan yang berlaku sekarang, entah kenapa saya melihat Parti Amanah Negara yang paling mengagumkan dan menyerlah.

Mereka kekal kukuh menjaga posisi masing masing sebagai pemanah, walaupun diasak dan ditawar ghanimah. Menjaga maruah parti dan maruah pimpinan gabungan. Tidak mudah berubah hati dan menunjukkan akhlak dan sikap gentlemen yang tersendiri.

Betul betul permata di dalam gabungan ini. Cair hati ini melihat kehebatan tokoh tokoh mereka.

Entah apa tarbiyah mereka ini sewaktu berada di bawah pimpinan Allahyarham TG Nik Aziz dahulu.

-Dr. Shahrizal Azwan Bin Samsudin

COMMENTS

Wordpress (0)