Semua PPV di Melaka boleh ‘walk in’ mulai esok

Semua PPV di Melaka boleh ‘walk in’ mulai esok.Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam di Melaka akan melaksanakan suntikan vaksin COVID-19 secara jumpa terus atau walk-in bermula esok.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, inisiatif itu bukan hanya kepada warganegara, malah bukan warganegara berumur 18 tahun ke atas juga boleh hadir ke PPV yang ditetapkan.

“Pemberian vaksin secara walk-in untuk semua warganegara dan bukan warganegara berumur 18 tahun ke atas dibuka bermula pada 11 September ini yang mana bagi warganegara yang masih belum menerima tarikh janji temu boleh pergi ke mana-mana PPV awam.

“Manakala bukan warganegara pula hanya ditetapkan di dua lokasi iaitu di PPV Mega Stadium Hang Jebat dan PPV Mega Stadium Jasin bermula jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, mereka yang bercadang untuk walk-in perlu mendaftar di Mysejahtera dan mereka yang belum mendaftar untuk vaksinasi atau tidak mempunyai telefon pintar juga dibolehkan walk-in untuk didaftarkan di PPV.

PPV

Dalam pada itu ujarnya, setakat ini seramai 69,972 daripada 677,400 individu dewasa berumur 18 tahun ke atas di negeri Melaka masih belum menerima vaksin COVID-19 dan kira-kira 54,000 daripadanya gagal tampil untuk menerima suntikan meskipun telah mendapat tarikh janji temu di aplikasi MySejahtera.

Katanya, antara alasan yang diberikan adalah termasuk membuat pendaftaran berganda di Mysejahtera, mendaftar dengan menggunakan nombor telefon yang gagal dihubungi serta enggan menerima suntikan dan didaftarkan oleh anak-anak tanpa persetujuan.

“Ada yang tidak tampil untuk disuntik tetapi apabila dihubungi petugas, mereka telah divaksin disebabkan daftar lebih sekali dan ada juga yang mengakui tidak mahu menerima vaksin, namun nama mereka didaftarkan oleh anak-anak di Mysejahtera.

“Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri sedang berusaha bersama Mysejahtera mendapatkan senarai nama mereka berpandukan maklumat yang diperolehi oleh pasukan khas yang telah ditubuh bagi menghubungi dan memujuk semua individu ini untuk hadir ke PPV terdekat,” tambahnya.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/melaka-benar-vaksinasi-walk-di-semua-ppv-bermula-esok-319014

BACA: Kerajaan Negeri Sembilan beli PPR Rantau untuk pastikan rakyat miliki rumah

COMMENTS