Semua pihak perlu terima hakikat Muhyiddin terpilih Pengerusi MPN bukan Mahathir, kata Bersatu

BERSATU meminta meminta semua pihak supaya ‘moved on’ dengan tidak lagi mengungkit bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad lebih layak dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (PMN) berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana, kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telahpun membuat penelitian serta memutuskan untuk melantik Muhyiddin.

“Saya rasa pandangan-pandangan yang disuarakan oleh Tun Dr Mahathir sebagai orang yang berpengalaman dalam politik negara memang pun diambil kira. Bagaimanapun keputusan telah dibuat bahawa ini struktur kerajaan dan inilah struktur dalam MPN.

Semua pihak perlu terima hakikat Muhyiddin terpilih Pengerusi MPN bukan Mahathir, kata Bersatu

“Jadi bila keputusan dibuat, saya rasa kita bantu sajalah untuk pastikan bahawa kerajaan dan MPN sebagai salah satu entiti dalam kerajaan boleh menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Kita terima pandangan semua pihak dan saya minta kerajaan untuk menerima pandangan semua pihak. Kalau ada yang baik, bagilah pandangan, tak payahlah cadang tukar itu tukar ini. Kita selesaikan bab itu dan moving foward,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Saiful berkata, Perikatan Nasional (PN) akan memberi pandangan menerusi kenyataan rasminya berkaitan cadangan melantik Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Beliau berkata cadangan Umno untuk melantik Ahli Parlimen Pontian itu sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan diperhalusi oleh pucuk pimpinan PN dalam masa terdekat.

“Pandangan PN ini penting dan orang ramai tidak perasan bahawa parti terbesar dalam kerajaan hari ini adalah PN yang mempunyai kira-kira 50 kerusi dan blok kedua terbesar ialah Barisan Nasional (BN) dengan 41 kerusi.

“Pandangan mengenai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat ini rasa elok kita beri ruang pemimpin PN untuk bincang disebabkan mereka duduk dalam Parlimen,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata Umno bercadang melantik Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/09/semua-kena-moved-on-terima-muhyiddin-sebagai-pengerusi-mpn/

BACA JUGA : Taliban akhirnya umum senarai kabinet