Semua Menteri dan Timbalan dapat khidmat ‘escort’ Polis?, Ini penjelasan Bukit Aman

Semua Menteri dan Timbalan dapat khidmat ‘escort’ Polis?, Ini penjelasan Bukit Aman.Bukan semua menteri dan timbalan menteri diberikan perkhidmatan pengiring oleh polis, tetapi hanya sesetengah sahaja yang menikmati keistimewaan tersebut.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, polis menghantar pasukan khas untuk melindungi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, empat orang menteri kanan dan Menteri Dalam Negeri.

“Selain itu, sebagai pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis Negara juga diberikan perkhidmatan ini.

“Untuk Timbalan Ketua Polis Negara pula, ia bergantung kepada keadaan,” katanya.

Menteri

Beliau berkata demikian kepada Sinchew Daily ketika mengulas khabar angin bahawa semua menteri dan timbalan menteri di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan escort oleh polis.

Desas-desus itu bagaimanapun dinafikan Hazani yang memberitahu bahawa hanya pemimpin tertentu yang menerima escort polis.

“Sebelum ini, polis hanya melakukan escort untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.

“Tetapi selepas kerajaan terdahulu menambah empat jawatan menteri kanan, kami juga menambah pegawai untuk melakukan escort untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, selain itu, polis juga menyediakan escort untuk pemimpin luar negara yang melawat Malaysia dan juga kerabat diraja.

“Untuk keselamatan Menteri Pertahanan pula, tanggungjawab ini diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia,” jelasnya.

Berita Penuh: https://malaysiagazette.com/2021/09/17/bukan-semua-menteri-ada-escort/

BACA: Panas !!! Peja salah maklum boleh buka gimnasium hari ini, sebenarnya masih tak boleh

COMMENTS

Wordpress (0)