Semua kuasa bawah pusat, kenapa nak salahkan kerajaan negeri?. FITNAH Pedagang Agama
Sifat utama pedagang agama, demi politik & nafsu kuasa, #FITNAH menjadi juadah harian, tanpa lagi kira dosa dan takutkan balasan Allah yg pedih.
Sebelum ini saya teraksa dedahkan busuk di kepala ikan, tatkala belasan kisah Tok Guru ketua penganut Pas itu bohong & khianat dalam berpolitik. Tanpa henti sebarkan #fitnah pasal Pakatan Harapan, Amanah, DAP & Anwar. Saya pun senaraikan 9 fitnah dijaja depan saya masa ziarah, jemputan terakhir tahun lepas di Rusila. Saya jawab & betulkan dgn hujjah & fakta.
Tapi jawapannya “ana tahu, ana tahu.., enta tak tahu”.
https://m.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10159179209324876
Tiba hari ini seorg pula di tangga kedua Pas Selangor dgn jelas perbodohkan org lain dgn cuba letakkan krisis hitam CAC Malawati baru ini atas bahu Kerajaan Selangor.
Walhal siapa yg faham Perlembangaan akan tahu bahawa kesihatan adalah portfolio utama bawah tanggungjawab Federal, bukan State.
CAC, PKRC, PPV contohnya, adalah kuasa Federal. Malainkan yg diangkat oleh swasta selepas persetujuan Federal.
Samalah juga CAC Malawati – inilah precedence pertama, Federal melalui KKM gunakan Seksyen 3 Ordinan Darurat 2021, untuk mengambil alih sementara premis Stadium Malawati kepunyaan Negeri bagi tujuan Covid-19.
Selangor tak ada kuasa menolak. Bahkan berpegang semangat federalisme, secara langsung atau tidak, Selangor pula menyumbangkan hampir RM500k / sebulan utk membantu apa jua kelemahan yg ada.
Tanpa Fuad Salleh ini cuba fahami, apakah peranan Selangor yg saya diamanahkan. Atas kebencian politik – terus letakkan sejarah hitam baru ini pada State. Siap suruh lepaskan jawatan.
Dituduhnya pula CAC itu tak pedulikan “penjarakan sosial” antara positif & negatif. Kesian sungguh bercakap menatijahkan kejahilan diri sendiri.
Benarlah kata pujangga,
Manusia sebenarnya berperang dengan “kebodohan diri sendiri”. Dosa dan pahala dah tak dikesahkan…
Harap video di bawah dapat berikan kefahaman, apa yg Selangor boleh buat, untuk turut membantu Federal mendepani Covid-19 ini…
Sumber: