Dulu masa PH kasi e-tunai, PAS kata PH nak data peribadi. Sekali PN pun kasi e-tunai.
Dulu PAS hentam PH lantik duta khas ke China (tak bertaraf menteri), lepas tu PM zaman PN lantik duta khas bertaraf menteri ke Timur Tengah, China dan Asia Timur.
Dulu pemandu mabuk jadi isu besar zaman PH dan PAS salahkan kerajaan PH. sekali zaman PN pun ada pemandu mabuk dan lagi teruk.
Dulu beriya tuntut keadilan buat Allahyarham Adib, sekarang tiada lagi kedengaran tuntutan tersebut.
Dan paling baru, dulu zaman PH masa ada operasi terhadap air zamzam yang dijual, PAS jadikan isu kata patutnya ambil tindakan terhadap arak, bukan air zamzam. Sekali zaman PN pun kastam ada operasi terhadap air zamzam.
Sebenarnya memang tiada isu pun air zamzam ini. Kerajaan Arab Saudi memang sudah haramkan penjualan. Tetapi sebab ‘budaya politik matang dan sejahtera’ PAS, maka hentam sahaja selagi boleh, kan?
Sumber :