Sempena Tahun Baru Cina, Mujahid terus gigih bantu golongan yang memerlukan

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Taqs” collapse_text=”Hide” ]Sempena Tahun Baru Cina, Mujahid terus gigih bantu golongan yang memerlukan dato dr mujahid isteri dr mujahid yusof rawa datuk dr mujahid yusof rawa biodata dr mujahid rawa datuk seri dr mujahid bin yusof [/bg_collapse]

 

Seperti tahun-tahun sebelum ini Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menyantuni masyarakat kaum Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar, Hairulnizam Ishak berkata, seramai 450 penduduk kaum Cina dalam parlimen Parit Buntar telah menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina tahun ini.
“ Penerima tersebut adalah dari kalangan warga emas dan golongan yang kurang berkemampuan dalam parlimen Parit Buntar.

“ setiap penerima mendapat angpau yang diharap membolehkan golongan tersebut menyambut perayaan tersebut tidak lama lagi dengan lebih ceria” katanya
Hairul Nizam berkata , majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina ini diadakan di empat kawasan komuniti masyarakat Cina di Pekan Parit Buntar, Kuala Bagan Tiang, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang.

Sempena Tahun Baru Cina, Mujahid terus gigih bantu golongan yang memerlukan dato dr mujahid isteri dr mujahid yusof rawa datuk dr mujahid yusof rawa biodata dr mujahid rawa datuk seri dr mujahid bin yusof

“ Sumbangan ini bertepatan dengan konsep peduli rakyat yang mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum

“Walaupun sudah tidak menjadi kerajaan , Ahli Parlimen Parit Buntar tetap mendapatkan dana untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan sempena perayaan Tahun Baru Cina” katanya

Turut hadir Penyelaras DUN Titi Serong, Mohd Adnan Razali , Ketua Pemuda AMANAH Parit Buntar, Mohammad Nakhaei Abdul Wahab, Ketua AWAN Parit Buntar Nor Asmah Hashim dan pemimpin masyarakat Cina tempatan

Sempena Tahun Baru Cina, Mujahid terus gigih bantu golongan yang memerlukan dato dr mujahid isteri dr mujahid yusof rawa datuk dr mujahid yusof rawa biodata dr mujahid rawa datuk seri dr mujahid bin yusof

Beliau berkata, lima Pasukan Bomba Sukarela dalam parlimen Parit Buntar turut menerima sumbangan dana daripada Ahli Parlimen Parit Buntar pada majlis berkenaan.

“ Lima Pasukan Bomba Sukarela terlibat ialah PBS Jalan Bawah, Kuala Kurau, PBS Kuala Kurau, PBS Tanjung Piandang, PBS Bagan Tiang dan PBS Parit Buntar
“ Setiap pasukan menerima RM 2000.00 bertujuan membantu penyediaan alatan penyelamatan dan meningkatkan motivasi bomba sukarela untuk terus berkhidmat kepada penduduk di Parit Buntar” katanya

Sempena Tahun Baru Cina, Mujahid terus gigih bantu golongan yang memerlukan dato dr mujahid isteri dr mujahid yusof rawa datuk dr mujahid yusof rawa biodata dr mujahid rawa datuk seri dr mujahid bin yusof

Menurutnya , edaran buah limau kepada masyarakat Cina turut diadakan pada tahun ini melibatkan kawasan Pekan Baru, Pusat Bandar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau
“ Sambutan yang menggalakkan diterima daripada masyarakat Cina yang menyambut baik usaha meraikan sambutan Tahun Baru Cina ini.

“ Sebanyak 2000 beg limau telah diagih-agihkan kepada orang ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bertemakan harimau ini, ” katanya
Wartawan akhbar Mandarin dan aktivis AMANAH di kalangan masyarakat Cina turut menerima saguhati Tahun Baru Cina tahun ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa berharap kaum Tionghua dalam parlimen Parit Buntar menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini dengan meriah dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.

“ Tahun Baru Cina ini perlu dijadikan juga usaha pengukuhan bersama masyarakat di samping menunjukkan semangat muhibah dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain demi pembinaan sebuah masyarakat penyayang.

“Masyarakat di negara ini memahami dan bertoleransi antara semua kaum. Setiap kaum berhak merayakan hari-hari kebesaran kaum dan bangsa mereka” katanya

BACA JUGA : Popular sekelip mata, guru dedah kisah disebalik keceriaan wartawan cilik

Sudah dua minggu bayi mati dalam kandungan, ibu muda kongsi saat cemas
”Orang berkemban ni haa dekat rumah, kau bawa anak beranak kau..”