Seminggu lepas menang PH berjaya didaftarkan, PN bila nak daftar?

Sebelum PRU 14, gabungan parti Amanah, PKR , DAP dan PPBM cuba untuk bergerak atas nama PAKATAN HARAPAN dengan LOGO Pakatan Harapan. Tapi ditolak sebelum PRU 14 oleh Pendaftar Pertubuhan.

Akhirnya Majlis Presiden Pakatan Harapan “berijtihad” untuk menggunakan logo KEADILAN dalam menghadapi Barisan Nasional dan PAS dalam PRU 14.

Pakatan Harapan berjaya menumbangkan kerajaan BN.

Tak sampai seminggu selepas tumbangnya kerajaan BN dan naiknya kerajaan PH, Pakatan Harapan telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftaran Pertubuhan.

Cuma ada satu kerajaan tu. Sudah memerintah negara hampir 4 bulan tetapi masih belum didaftarkan sampai sekarang. Khabarnya takkan didaftarkan sehingga PRU 15.

Sumber: