Seminggu dua lagi kes di Lembah Klang bakal turun – Noor Hisham

Seminggu dua lagi kes di Lembah Klang bakal turun.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendoakan agar semua petugas barisan hadapan terus tabah menghadapi cabaran, ujian dan dugaan dalam membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, petugas barisan hadapan semakin hampir untuk berjaya dan adalah penting untuk mereka terus berjuang untuk pertahankan negara ini.

”Semoga segala usaha dan Jass bakti kita di rahmati dan diberkati Allah SWT. Insha Allah,” ujar beliau.

Beberapa hari lalu, Dr Noor Hisham berkata, kemasukan ke hospital dan penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di Lembah Klang menunjukkan penurunan.

Situasi semasa ini hasil daripada vaksinasi yang telah mencapai 60 peratus.

“Dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, penurunan akan dilihat dengan lebih nyata,” katanya pada sidang akhbar Covid-19 Jumaat lalu.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/15/kita-hampir-menang-dr-noor-hisham-doakan-frontliners-terus-tabah/

Baca Juga : PPV Tanjong Karang bakal ditutup terus mulai 22 Ogos

CATEGORIES