Sembunyi gigi emas, dua lelaki diberkas

Sembunyi gigi emas, dua lelaki diberkas.Dua lelaki Uzbekistan ditangkap oleh penguatkuasa kerana menyembunyikan 951 gram emas di dalam mulut di India baru-baru ini.
Kedua-duanya ditangkap oleh anggota-anggota Unit Siasatan Udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi selepas mereka tiba dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Mereka ditahan selepas gerak-geri kedua-dua lelaki itu menimbulkan kecurigaan di lapangan terbang tersebut.
Anggota-anggota penguatkuasa ketika itu merasa curiga terhadap mereka ketika dua warga Uzbekistan tersebut memasuki laluan khas bagi penumpang yang tidak ada apa-apa barang yang perlu untuk diisytiharkan.
Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas mereka, emas itu ditemui dalam bentuk gigi palsu dan jaluran logam dari mulut mereka yang bernilai dianggarkan AS$5,500 (RM22,943).
Pada 9 September lalu, dua lelaki ditahan oleh kakitangan-kakitangan sebuah lapangan terbang antarabangsa di India kerana menyeludup emas sebanyak 1,369 gram bernilai kira-kira AS$79,000 (RM329,548).
Emas itu disembunyikan di dalam seluar dalam mereka.
India merupakan lokasi kegemaran penyeludupan para penyeludup emas dari Dubai.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/162334/GLOBAL/Dua-lelaki-Uzbekistan-ditahan-kerana-sembunyi-gigi-emas