Semangat Melayu Islam mampu satukan Umno-Bersatu, kata pemimpin Pas

Melayu

Semangat Melayu Islam mampu satukan Umno-Bersatu. Beban yang ditanggung PAS sangat besar dalam usaha untuk menyatukan parti teras orang Melayu iaitu Bersatu dan Umno bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, biarpun kedua-dua parti tersebut mempunyai ideologi yang berbeza, namun semangat Islam dan Melayu mampu menyatukan mereka.

“Sukar untuk kita satukan, tetapi atas objektif sama antara parti-parti tersebut, kita boleh bekerjasama bagi mengetepikan perbezaan.

“Kita bincang perkara sama matlamat sama iaitu Melayu dan Islam,” katanya pada program Bicara Harakah, ‘Memulihkan Ekonomi, Menjaga Kebajikan Keluarga Malaysia’ secara langsung di Facebook Harakahdaily.net malam tadi.

Program itu dipengerusikan Hezry Yasin, turut menampilkan Perunding Kewangan Islam dan Pengasas SOHA Barakah Wealth Consultancy, Hawa Yaakub.

Melayu

Dr Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, kesatuan parti yang berteraskan Melayu dan Islam merupakan hasrat PAS untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka diadakan tahun depan.

Menuruntnya impian itu perkara yang tidak mustahil untuk dicapai, di mana tetap PAS meneruskan usaha untuk membolehkan parti terbabit duduk semeja.

“Selepas perbincangan demi perbincangan, Insya-Allah kita mampu timbulkan keserasian serta membentuk ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata, PAS Terengganu berjaya menunaikan 85 peratus manifesto PRU-14 dalam tempoh tiga tahun setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, sehingga kini sebanyak 17 daripada keseluruhan 20 manifesto PRU-14 sudah dilaksanakan bagi manfaat rakyat.

“Dari segi prinsip yang digunapakai dalam melaksanakan program ekonomi dan kebajikan di Terengganu, sebanyak 17 daripada 20 perkara dalam manifesto PRU-14 sudah dilaksanakan.

“Jadi banyak perkara yang telah dilaksanakan termasuk pemberian lot kepada mereka memerlukan. Selain itu tabung pendidikan, pengecualian cukai pintu dan sebagainya,” katanya

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/30/semangat-islam-melayu-mampu-serasi-umno-bersatu/

BACA: Gempar !!! Penduduk dikejutkan dengan banjir bewarna merah

COMMENTS

Wordpress (0)