Semakin ramai pihak tampil buat laporan polis berhubung audio Hamzah

Semakin ramai pihak tampil buat laporan polis berhubung audio Hamzah

Satu laporan polis telah dibuat terhadap rakaman audio Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin membincangkan pelantikan “budak kita” dalam pasukan polis.

Ia dibuat oleh ketua penaja sayap wanita Parti Pejuang Tanah Air, Pejuang Wanita Che Asmah Ibrahim di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam.

Laporan polis itu turut merujuk kenyataan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador berkenaan campur tangan politik oleh Hamzah.

“Saya khuatir wujud unsur salah guna kuasa, rasuah dan campur tangan pengaruh politik bagi kepentingan peribadi individu-individu tertentu dalamk kerajaan Perikatan Nasional-BN hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Che Asmah berkata dia berharap polis akan menjalankan siasatan terhadap Hamzah, walaupun dia adalah menteri dalam negeri.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah merangkap Ketua Pemuda PH Shazni Munir turut akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu tengah hari ini.

Dalam rakaman itu, Hamzah dirakam sedang membincangkan pelantikan “orang kita” dalam polis.

“Because (kerana) dia budak kita, budak Perak, family (keluarga) semua kat sana and it will be very good for us (baik untuk kita),” katanya, dan menambah akan memilih siapa yang dia kenal,” katanya.

Semalam, Hamid juga mendedahkan Hamzah juga mahu menggantikan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman, iaitu unit risikan polis.

Ia selepas Cawangan Khas (SB) dikatakan tidak senang dengan permintaan Hamzah agar jabatan itu melakukan beberapa operasi bagi tujuan politiknya, dan kemudian melaporkan perkara itu kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sejak itu, menurut Hamid, Hamzah mengatur langkah untuk menjadikan “budaknya” sebagai ketua jabatan itu.

Pada maa ini, jawatan PCK dipegang oleh Mohamed Farid Abu Hassan yang dilantik pada Jun 2019.

Malaysiakini telah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan respons.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/573269

\

COMMENTS