Semakin ramai, Melaka mohon tambah kontena mayat

Semakin ramai, Melaka mohon tambah kontena mayat.

Kerajaan negeri membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan untuk menambah sebuah lagi kontena mayat sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku peningkatan kematian akibat Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat selepas kapasiti kontena mayat di Hospital Melaka kini telah mencapai tahap maksimum.

Menurut beliau, setakat ini pusat perubatan itu mempunyai sebuah kontena yang boleh menempatkan sebanyak 26 jenazah membabitkan kes Covid-19.

semakin

BILIK mayat Hospital Melaka, Melaka

“Pada dua minggu lalu kita memohon dengan kementerian untuk menambah sebuah lagi kontena bilik sejuk untuk menempatkan jenazah pesakit Covid-19 di Hospital Melaka.

“Langkah ini dibuat selepas mendapati kapasiti kontena sedia ada telah mencapai tahap penggunaan maksimum dengan baru-baru ini 22 daripada keseluruhan 26 ruang peti sejuk penuh dan hanya berbaki empat sahaja,” kata beliau pada sidang akhbar di Kampung Bukit Nibong di sini, hari ini.

Rahmad berkata, kontena yang dimohon akan diletakkan di Jabatan Forensik Hospital Melaka dan dijangka mampu menempatkan sebanyak 20 kes kematian.

Ujarnya, beberapa hari selepas membuat permohonan, pihaknya turut dihubungi individu perseorangan menyatakan hasrat menyumbangkan sebuah kontena bagi kegunaan hospital terbabit.

“Sudah pasti kita akan menerimanya walaupun setakat ini keperluan kita hanyalah sebuah sahaja lagi kontena mayat,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kini kerajaan negeri juga telah membenarkan operasi pusat pembakaran mayat bukan Islam dilanjutkan dari pukul 4.30 petang kepada 10 malam.

“Kes kematian semakin meningkat dan pengurusan jenazah pula mengambil masa bagi urusan bedah siasat serta pengesahan jangkitan Covid-19 sebelum mayat boleh dikebumikan.

“Jadi, kita telah bersedia dengan pelbagai cara lain antaranya membenarkan operasi pusat pembakaran mayat bukan Islam dilanjutkan sehingga pukul 10 malam,” jelasnya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/covid-19-melaka-mohon-tambah-kontena-mayat/

BACA JUGA : Panas !!! Blogger dedah pengalaman Umno diharamkan 1988

Artikel ini disiarkan pada 10/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)