Selepas rumput Zeon Zoysia, TMJ derma rumput hibrid untuk Stadium Bukit Jalil

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor, akan menyumbangkan rumput hibrid untuk kegunaan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menurut kenyataan yang dikongsi melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers, inisiatif ini diperintahkan oleh Tunku Ismail

selepas beliau berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Windsor John, semalam.

Selepas rumput Zeon Zoysia, TMJ derma rumput hibrid untuk Stadium Bukit Jalil

“Kajian yang dijalankan di padang SNBJ menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai untuk kegunaan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya yang sesuai untuk acara sukan dan bukan sukan,” kata kenyataan tersebut.

Berdasarkan hasil kajian ini dan kejayaan penyelidikan yang dilakukan oleh kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) di Larkin, Tunku Ismail akan menyumbangkan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional.

Baca Artikel Penuh