Selepas persoal parlimen ditutup, timb speaker ucap terima kasih pada Agong

Selepas persoal parlimen ditutup, timb speaker ucap terima kasih pada Agong

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membenarkan Parlimen kembali bersidang dalam tempoh darurat.

Menerusi ciapan di Twitter, Azalina merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sentiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga perlembagaan negara.

Ahli Parlimen Pengerang itu merujuk kepada kenyataan oleh Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsudin pada Rabu.

Dalam kenyataan tersebut, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, baginda menegaskan bahawa sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan, setiap cabang pentadbiran negara sama ada pihak Eksekutif, Kehakiman mahupun Parlimen haruslah sentiasa akur kepada prinsip tersebut.

Perkara ini katanya, termaktub dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Berita penuh :http://astroawani.com/berita-malaysia/persidangan-parlimen-azalina-othman-junjung-kasih-titah-agong-284650