Selepas matahari tiruan, kini China bina bulan tiruan pula

Selepas matahari tiruan, kini China bina bulan tiruan pula. Saintis-saintis China membina ‘bulan tiruan’ yang mempunyai daya graviti seperti Bulan sebenar untuk membantu mempersiapkan angkasawannya bagi misi eksplorasi di masa hadapan, lapor akhbar Daily Mail pada 12 Januari 2022.

Persekitaran simulasi graviti rendah telah diilhamkan oleh eksperimen yang menggunakan sebilangan magnet untuk mengapungkan katak, lapor South China Morning Post.

Simulator bulan itu merupakan sebuah bilik berukuran 0.7 meter yang ditempatkan di dalam ruang vakum, berpangkalan di Xuzhou di wilayah Jiangsu di China, dan telah direka dengan cara yang boleh ‘membuat graviti hilang.’

“Bulan tiruan ini boleh menghasilkan grafiti rendah atau graviti sifar selama mana yang kami mahu,” kata saintis-saintis berkenaan.

Di dalam bilik tersebut, mereka menghasilkan landskap bulan tiruan termasuk batu dan debu ringan seperti yang terdapat pada permukaan Bulan. Daya graviti di Bulan adalah satu perenam daripada yang terdapat di Bumi.

“Sesetengah eksperimen contohnya ujian impak hanya memerlukan masa beberapa saat,” kata ketua saintis tersebut, Li Ruilin dari Universiti Perlombongan dan Teknologi China, Li Ruilin sambil menambah, beberapa ujikaji lain pula mengambil masa lebih lama, malah sehingga beberapa hari.

Selepas matahari tiruan, kini China bina bulan tiruan pula

China menetapkan matlamat untuk menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2030 dan membina sebuah pangkalan di Bulan dalam satu projek bersama dengan Rusia menjelang akhir dekad ini.

Dijangka ‘bulan buatan’ ini akan memainkan peranan penting dalam misi masa depan ke Bulan, membolehkan saintis merancang latihan dan bersedia untuk membina dalam graviti rendah.

Konsep menggunakan medan magnet untuk pengangkatan berasal dari ahli fizik Rusia Andre Geim, yang bekerja di Universiti Manchester dan memenangi hadiah Ig Nobel pada tahun 2000 kerana membuat katak terapung.

Dia memberitahu South China Morning Post bahawa dia gembira melihat eksperimen pendidikannya membawa kepada aplikasi dalam penerokaan angkasa lepas, menjelaskan bahawa ‘pengangkatan magnet tidak sama dengan antigraviti.’

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat situasi di mana meniru mikrograviti menggunakan medan magnet boleh menjadi tidak ternilai.

BACA JUGA :
China berjaya cipta pesawat hypersonic paling laju di dunia, cecah 19,000 km/j
NAFAS jalin kerjasama syarikat dari China tanam Musang King
Gagal kawal Covid-19, China hukum pegawai pentadbiran

CATEGORIES