Selepas lama menanti zuriat, Alieff Irfan dan Bella umum hamil anak kembar

Selepas lama menanti zuriat, Alieff Irfan dan Bella umum hamil anak kembar .Seperti diketahui ramai, impian YouTuber Alieff Irfan dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinannya bersama Bella bakal tercapai apabila isterinya disahkan mengandung. Lebih manis lagi, pasangan ini turut mengumumkan bakal menimang baby kembar selepas genap 2 tahun penantian.

BACA : Hadiah Lepas Penantian 2 Tahun, YouTuber Dedah Isteri Kini Hamilkan Bayi Kembar

Adakan majlis rumah terbuka, sambutan ulangtahun Bella & baby shower serentak

Semalam, Alieff Irfan dan Bella malah diraikan dengan penuh meriah apabila melangsungkan majlis 3 in 1 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sambil dihadiri ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

Selain mengadakan jamuan makan sempena Aidilfitri, mereka turut menyambut ulang tahun ke-27 Instafamous jelita berkenaan serta mengadakan baby shower sempena kehamilannya.

Rezeki Tak Salah Alamat, Bella Lompat Teruja Bila Jantina Baby Kembar Diumum 2

Bella melompat teruja bila diumum jantina anak kembar

Selepas lama menanti zuriat, Alieff Irfan dan Bella umum hamil anak kembar

Paling dinantikan adalah acara kemuncak memecahkan belon sekali gus mengetahui jantina pasangan kembar berkenaan. Sewaktu pengumuman bayi pertama lagi, Bella atau nama penuhnya Nurul Nabilah Aliah Azman dilihat melompat teruja apabila confetti biru berterbangan. Siapa sangka belon kedua juga mengeluarkan warna yang sama, sekali gus menandakan Alieff dan Bella bakal menimang 2 cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berkat sabar & lama tunggu zuriat, akhirnya dapat twin boys…boleh buat team bola sepak lepas ni

@_bungamerah94 Twins boyss 🧍🧍 Tahniah @bellestrelle @Alieff Irfan 😘😘😘😘#fyp #fyp #fyp ♬ bunyi asal – _Bungaa🌹

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah serta menyifatkan anugerah ini hasil kurniaan Allah berkat kesabaran mereka termasuklah sewaktu Bella dituduh mandul.

Dalam pada itu, ada yang turut berseloroh Alieff Irfan boleh tubuhkan pasukan bola sepak bermula dengan kehadiran 2 hero ini.

BACA:

TMJ kata Kedah tak perlukan Sanusi, “sampai dua lagenda lari..”

Neelofa akhirnya dedah wajah ‘sebenar’ Bilal

Waspada semua, Asteroid gergasi akan hampiri Bumi dalam masa terdekat