Selepas hampir 2 jam, Santiago sahkan dirinya disiasat bawah Akta Hasutan

Selepas hampir 2 jam, Santiago sahkan dirinya disiasat bawah Akta Hasutan

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago melangkah keluar dari Bukit Aman selepas hampir dua jam dirakam keterangan berhubung komennya mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Malaysiakini.

Beliau dipanggil ke Bukit Aman ekoran terdapat satu laporan oleh sebuah NGO di Kedah pada 21 Feb lalu.

Santiago ditanya 10 soalan dalam sesi tadi.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada pemberita di depan ibu pejabat polis persekutuan itu selepas selesai diambil keterangan.

Santiago berkata polis tidak memaklumkan nama NGO yang membuat laporan terhadapnya.

Beliau juga tidak dimaklumkan adakah akan dipanggil lagi selepas ini.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/01/disiasat-bawah-akta-hasutan-santiago-keluar-selepas-hampir-2-jam-di-bukit-aman/