Selepas diarahkan barulah menteri kabinet balik dari bercuti di luar negara

Selepas diarahkan barulah menteri kabinet balik dari bercuti di luar negara.Beberapa anggota Kabinet sudah pulang dari bercuti di luar negara selepas diarahkan pulang ke tanah air pada Jumaat lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, anggota menteri terbabit sedang menjalani kuarantin Covid-19 dan keluar turun padang membantu rakyat terkesan banjir dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, menteri yang berada di luar negara pergi sebelum bencana banjir melanda negara pada minggu lalu.

Selepas diarahkan barulah menteri kabinet balik dari bercuti di luar negara

“Bila suruh balik, ada dua tiga sudah balik tetapi mereka kena kuarantin dulu. Kita tak benar keluar lagi sebab bimbang sebar penyakit dan kena patuh prosedur operasi standar (SOP).

“Isnin atau Selasa akan bersama dengan khalayak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau adalah antara anggota Jemaah menteri yang mahu bercuti telah membuat keputusan membatalkan cuti.

Tambahnya, beliau mempunyai rancangan menunaikan umrah pada 1 Januari ini dan terpaksa dibatalkan kerana mahu memberi fokus kepada masalah bencana banjir melanda negara.

“Saya pun sudah ada rancangan nak ke luar negara pada 1 Januari tetapi saya batalkan dan tidak jadi pergi umrah,” katanya.

BACA JUGA:

Isteri tiba-tiba diceraikan talak tiga ketika live tiktok, hampir 3 ribu penonton tercengang
Adun Dusun Tua dakwa dihalang dari sambut kedatangan PM ke Hulu Langat
Ramai puji kecantikan isteri Fizo Omar, sekali Mawar pun masuk komen

Artikel ini disiarkan pada 26/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)