Selepas 26 tahun, Presiden Jerman lawat Malaysia disambut PMX. Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara ke Malaysia sehingga Sabtu ini.
Pesawat yang membawa presiden dan isteri Elke Budenbender, serta delegasi termasuk pegawai kanan, ahli perniagaan dan pengamal media mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.12 petang.
Steinmeier, yang disambut menteri pengiring, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,
Nik Azmi Nik Ahmad, sejurus tiba, diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Kapten Arifuddin Md Yusuf.
BACA:
“Tak padan dengan ketot” – Pelawak curang dengan wanita lain, isteri dah sabar 4 tahun
Era pemerintahan PM Perikatan Nasional, kos maintenance kenderaan direkod paling mahal