Selepas 20 tahun, wanita baru tahu dirinya adalah lelaki

Selepas 20 tahun, wanita baru tahu dirinya adalah lelaki

Selepas 20 tahun, wanita baru tahu dirinya adalah lelaki. Seorang ‘wanita’ dari Arab Saudi hanya menyedari bahawa dia sebenarnya seorang lelaki selepas 20 tahun dilahirkan disebabkan oleh ‘kesilapan perubatan’, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Menurut saluran televisyen Al Ekhbariya, individu berkenaan tidak mengetahui bahawa dia mempunyai alat sulit lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.

Semasa kelahirannya di sebuah hospital kerajaan di Riyadh, dia mengalami beberapa kecacatan pada bahagian kemaluan.

Bagaimanapun, doktor menyangka bayi itu adalah perempuan dan keluarganya menamakannya sebagai Randa Shabeli.

Bagaimanapun, semasa umurnya semakin meningkat, Randa semakin curiga apabila dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda akil baligh seorang wanita.

Apabila mengunjungi hospital untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh, dia terkejut apabila diberitahu memiliki alat kelamin lelaki yang tersembunyi di dalam perutnya.

Selepas 20 tahun, wanita baru tahu dirinya adalah lelaki

“Pada awalnya, perasaan saya sama sekali pelik, seolah-olah mereka berbohong kepada saya. Ia tidak logik seolah-olah kembali memulakan hidup. Nama dan identiti baharu, tiada kawan dan saudara-mara.

“Kini, saya sepatutnya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kemaluan yang tersembunyi. Seorang doktor mengesyorkan saya perlu pergi ke Britain untuk pembedahan,” kata Randa.

Menurut Al Ekhbariya, keluarga Randa memfailkan aduan kepada bekas Menteri Kesihatan Arab Saudi, namun tiada tindakan diambil.

Bapanya berkata, dia cuba menghubungi hospital tempat Randa dilahirkan tetapi tidak berjaya.

BACA:

Kecoh Tangmo hidup semula, akaun FB tiba-tiba aktif cerita kejadian sebenar

Alphard China laku keras, mampu tandingi Alphard original

King Myvi buat hal lagi, selamba ‘parking’ dalam rumah jiran

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)