Selepas 20 tahun jadi PM Singapura, akhirnya Lee Hsien Loong letak jawatan

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada

Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Isnin. Menurut Hsien Loong, beliau bersama dengan kerajaannya akan meletakkan jawatan pada Rabu.

Dalam surat tersebut, Hsien Loong menasihati presiden untuk menjemput Lawrence Wong untuk membentuk kerajaan seterusnya, lapor media pada Isnin.

Tharman menerima peletakan jawatan Hsien Loong dan mengumumkan bahawa beliau akan melantik Wong sebagai Perdana Menteri serta menjemputnya membentuk kerajaan baru.

Gan Kim Yong dan Heng Swee Keat akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang baru, ungkap Wong dalam sidang media.

PM

Baca Artikel Penuh