Selangor Tubuh Pasukan Khas Tangani Covid 19 Diketuai Dr Dzulkefly

Majlis Tindakan Khas Covid-19 Negeri Selangor bersepepakat untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas yang diketuai bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad bagi membendung ancaman wabak tersebut.

Menteri Besarnya, Amirudin Shari, menjelaskan tindakan itu dilakukan susulan 60 peratus rakyat yang dijangkiti virus tersebut merupakan warga negeri Selangor.

“YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah bersetuju untuk mengetuai task force ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Amiruddin berkata, orang ramai khususnya di Selangor tidak perlu khuatir kerana keadaan setakat ini masih terkawal.

“Langkah-langkah pencegahan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia wajar dipatuhi bagi mengelakkan berlaku jangkitan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/514043