Selangor pinjamkan 500,000 dos vaksin kepada kerajaan Pusat

Selangor

Selangor pinjamkan 500,000 dos vaksin kepada kerajaan Pusat. Kerajaan Selangor bersetuju menyerahkan 500,000 dos vaksin yang dibeli melalui Program Vaksin Selangor (SeLVAX) secara pinjaman kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, persetujuan itu selepas hasil perbincangannya dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Ia bagi diedarkan ke kawasan dan negeri-negeri yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah, katanya dalam hantaran di media sosialnya malam ini.

Selangor

“Ini bagi membantu mencapai imuniti kelompok di seluruh negara dengan lebih pantas serta pada masa yang sama mencapai kemenangan bersama menewaskan wabak Covid-19,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/08/19/selangor-beri-pinjam-500-000-dos-vaksin-bantu-kerajaan-pusat/

BACA: Rakyat Malaysia dihukum penjara, 3 sebatan kerana masuk Brunei tanpa kebenaran

COMMENTS

Wordpress (0)