Selangor mula agih secara percuma 60,000 kit ujian Covid-19

Kerajaan Selangor akan membekalkan 60,000 kit ujian kendiri menggunakan sampel air liur secara percuma kepada keluarga di negeri ini yang didapati positif Covid-19.

EXCO kesihatan awam berkata kit ujian itu akan diserahkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pemberian kit ujian menggunakan sampel air liur itu berperanan untuk menyokong pemantauan kendiri bagi keluarga yang disahkan positif serta menjalani kuarantin di rumah.

Selangor mula agih secara percuma 60,000 kit ujian Covid-19

Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021.

“Selain dapat melakukan ujian dengan cepat dan mudah, kit tersebut diharap membantu mereka melindungi orang sekeliling daripada dijangkiti,” kata Dr Siti Mariah Mahmud dalam kenyataan.

Menurut beliau, pemberian kit ujian kendiri itu diharap memberi nilai tambah dalam usaha menangani wabak Covid-19 yang sedang dipergiatkan di peringkat persekutuan mahupun negeri.

“Inisiatif ini selaras dengan cadangan menteri kesihatan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) pada 2 September yang ingin mempertimbangkan pemberian bahan tersebut secara percuma terutama kepada keluarga B40,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah mengingatkan individu yang menerima kit ujian itu mematuhi semua prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk melaporkan sendiri keputusan saringan ke dalam aplikasi MySejahtera.

Berita Penuh : https://selangorkini.my/2021/09/selangor-agih-kit-ujian-percuma-kepada-keluarga-positif-covid-19/

BACA JUGA : Panas !!! 2,500 guru enggan divaksin