Selangor antara negeri terawal umum pakej bantuan kepada rakyat hadapi PKP 2.0

Rakyat negeri Selangor menghela nafas lega dan menyambut baik Pengumuman Khas Pakej Kita Selangor oleh Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Januari 2021 sebagai langkah proaktif mendepani PKP 2.0

Ini sekaligus menjadikan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) sebagai negeri terawal mengambil initiatif peduli membela kebajikan rakyat, memberi sokongan kepada barisan hadapan, meringankan beban harian, mengurangkan tanggungan tetap rakyat, dan meransang ekonomi golongan peniaga yang menghadapi tempoh waktu yang suram tatkala wabak ini melanda.

Pakej Kita Selangor yang komprehensif berjumlah RM73.877 juta ini pasti melegakan banyak pihak merangkumi segenap lapisan masyarakat; peniaga kecil, suri rumah, pelajar, warga tani dan lain-lain yang bukan sahaja terjejas secara lansung dengan penguatkuasaan PKP 2.0, malah turut terkesan dengan banjir dan cuaca yang tidak menentu sehingga menjejaskan pendapatan warga tani, usahawan dan peniaga kecil.

Tinjauan segera di lapangan menunjukkan rakyat Selangor juga sangat mengalu-alukan Pakej KITA Selangor yang bersasar dan berharap ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Pakatan Harapan Negeri Selangor yakin bahawa bantuan dan pelaksanaan pakej ini dapat dilakukan dengan saksama dan tepat kepada sasaran sesuai dengan amalan Kerajaan PH yang adil, telus, dan amanah.

Hj Azli Yusof
Ketua Penerangan
Pakatan Harapan Negeri Selangor
21 Januari 2021