Selamba pijak sejadah murid tengah solat, cikgu ini kena pecat

Selamba pijak sejadah murid tengah solat, cikgu ini kena pecat. Tidak menjadi kesalahan untuk menganut mana-mana agama di Amerika Syarikat, namun tindakan guru ini yang sengaja menganggu pelajar Islam menunaikan solat menaikkan kemarahan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat tiga pelajar lelaki sedang solat di atas sejadah sebelum guru terbabit masuk, meniup wisel dan cuba menghalang mereka daripada solat di pejabatnya.

“Tunggu, ini di pejabat saya, dan kamu semua melakukan ‘silap mata’ ini?” kata guru tersebut.

Tidak cukup dengan itu, guru itu dapat dilihat berjalan ke arah kumpulan pelajar sebelum memijak sejadah ketika salah seorang pelajar sedang bersujud.

Pelajar-pelajar tetap meneruskan solat mereka tanpa mempedulikan guru tersebut.

Selamba pijak sejadah murid tengah solat, cikgu ini kena pecat

Baca Artikel Penuh