Pastikan barangan peribadi berada di tempat selamat ketika menumpang rumah rakan, bimbang duit dicuri tanpa sedar.
Pastinya kita akan memilih untuk berehat di rumah rakan yang boleh dipercayai tapi siapa sangka harapkan pagar, pagar makan padi.
Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas mencuri wang rakannya sebanyak 50 juta rupiah (RM14,977).
Menurut Suara.com, wang itu diambil daripada akaun bank milik Suwarno.
Pemuda berusia 53 tahun itu tertidur di rumah rakannya, Bagus Wiranto di daerah Bandung pada 17 Disember 2023.
Suspek berusia 27 tahun itu mengejut mangsa dengan niat mahu meminjam wang daripadanya namun tersedar bahawa kad bank miliknya sudah tiada dalam dompet.
Apa yang mengejutkan Suwarno terjumpa kadnya itu di bawah katil suspek dan disebabkan rasa curiga, dia segera menyemak transaksi di ATM berdekata.
Ketika itulah dia mendapati ada berlaku pemindahan wang sebanyak 50 juta rupiah dan terus membuat laporan di Balai Polis Kuta.
Siasatan polis mendapati wang tersebut dikeluarkan di sebuah pasar mini di kawasan berdekatan.
Hasil pemeriksaan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati transaksi itu dilakukan oleh Bagus.
Suspek bagaimanapun dilaporkan sudah pulang ke kampung halamannya di Grobogan, Jawa Tengah sebelum ditahan pada Isnin lalu.
Pemuda tersebut memaklumkan dia tahu kod kesalamatan kad bank kerana pernah meminjam sebelum ini, duit tersebut bagaimanapun sudah dihabiskan untuk berjudi atas talian.