Selamatkah murid belum divaksin untuk hadir ke sekolah?

Selamatkah murid belum dapat vaksin untuk hadir ke sekolah?.Kerajaan perlu menjelaskan bagaimana rancangannya untuk mengendalikan pelajar yang tidak divaksinasi terhadap Covid-19 menjelang rancangan pembukaan semula sekolah pada bulan September, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Ini selepas Kementerian Pendidikan pada Sabtu mengumumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September, tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kerajaan pada awalnya merancang untuk memberi vaksin kepada pelajar yang menghadapi tahun peperiksaan dengan vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 tetapi kemudian menangguhkan rancangan tersebut kerana dakwaan risiko keradangan jantung yang jarang-jarang berlaku.

Buat masa ini, kerajaan hanya memberikan vaksin kepada remaja dengan keadaan kesihatan yang baik tetapi kemungkinan dapat memberikannya kepada remaja lain pada kemudian hari.

murid

“Bagaimana pihak kementerian memastikan murid-murid dan pelajar-pelajar yang tidak divaksin ini selamat.

“Berikutan penularan varian Delta yang baru ini, banyak kes sporadik dilaporkan. Tidak hanya di sekolah, tapi persekitaran sekolah yang melibatkan ibu bapa, pemandu bas, pembekal makanan seperti kantin dan sebagainya.

“Kita harus betul-betul memastikan pelaksanaan dan keputusan ini tidak menjadi masalah baru untuk negara,” kata Salahuddin pada satu kenyataan malam tadi.

Dia juga menggesa Kementerian Pendidikan untuk mendedahkan peratusan pelajar sekolah dan staf sokongan yang telah diberi vaksin.

Salahuddin mengingatkan tanpa prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, terdapat risikon kemunculan kluster Covid-19 berkaitan pendidikan.

Kluster seperti itu berlaku pada bulan April, tetapi reda setelah sekolah ditutup mulai bulan Mei.

Salahuddin juga menuntut kerajaan memberitahu perkembangan 150,000 komputer riba percuma yang dijanjikan untuk diberi kepada pelajar kerana mereka kini menjalani pembelajaran di rumah.

Pada awal bulan Jun, kerajaan memaklumkan telah mengedarkan sekitar 13,000 komputer riba, jumlah yang sama dengan yang diumumkannya pada bulan April.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/583650

jika Terlepas: Mengapa perlu tergesa-gesa umum pembukaan sekolah?

Artikel ini disiarkan pada 19/07/2021

COMMENTS

Wordpress (0)