“Selalu post pasal agama, selalu ke masjid berjemaah, tapi bila jumpa akaun twitter dia, 99 peratus following dia akaun Darkside”

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Seorang pelajar perempuan yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat mengakui telah terlanjur dengan seorang senior ketika mereka bekerja hingga lewat malam.

“Pernah terlanjur dengan senior yang juga eksekutif saya waktu internship.

Di mata semua orang, dia adalah lelaki yang sangat baik, selalu ke masjid berjemaah.

“Dia sering memuat naik tentang agama, pendiam di tempat kerja, tidak rapat dengan perempuan.

Senang cerita, memang tidak ada berita buruk tentang dia. Semuanya kelihatan baik.

"Selalu post pasal agama, selalu ke masjid berjemaah, tapi bila jumpa akaun twitter dia, 99 peratus following dia akaun Darkside"

“Satu malam, semasa perbincangan tentang pembentangan esok, terlanjur bermula,” dedahnya di laman X.

Apa yang mengecewakan gadis itu, dia mendakwa pemuda tersebut mula berubah sikap selepas mereka berdua terlibat dalam hubungan terlarang.

Lebih mengejutkan, pemuda tersebut turut mengaku bahawa dia sebenarnya lebih meminati rakan kepada gadis itu.

“Selepas dia mendapatkan apa yang dia mahu, dia mengakui dia sebenarnya suka kawan saya. Dia kata dia hanya mahu berseronok dengan saya dan kami berdua mempunyai matlamat yang berbeza.

“Saya telah serahkan segalanya kepadanya dan kini dia melayan saya dengan dingin. Saya terjumpa akaun Twitter dia, dan 99.99 peratus pengikutnya adalah akaun dark side (DS).

“Dia juga beritahu dia nak kahwin tahun depan. Hati saya sukar menerima hakikat ini kerana pada awalnya dia memberi harapan setinggi Gunung Everest, tetapi akhirnya dia menghancurkan segalanya seperti besi cair,” luah gadis itu.

Di ruangan komen, ramai netizen memberikan nasihat kepada gadis tersebut agar menjaga maruah dan melupakan dosa yang telah dilakukan.

Pada masa yang sama, beberapa netizen turut mengecam sikap segelintir lelaki yang berselindung di sebalik imej agama dan bersikap pendiam di hadapan orang ramai.

“Dari awal lagi aku sudah curiga, lelaki yang selalu pergi masjid dan post tentang agama ni sering kali adalah imposter.

“Lelaki macam ini bahaya. Diam-diam di luar tapi sebenarnya macam la**nat. Berhati-hati, dia hanya memakai topeng untuk nampak baik.

“Move on lah dik. Jangan rosakkan hidup dengan melayan kehendak hati.

“Lain kali, jangan mudah sangat percaya pada lelaki,” pesan beberapa pelayar X kepada gadis itu.

BACA: “Suami halau saya keluar, lepas 3 hari, dia mesej suruh saya balik kalau tak akan jatuh talak 1, padahal dia yang halau aku”