Sektor ekonomi beroperasi penuh tapi Parlimen tak boleh berbahas

Negara lain kes Covid-19 lebih banyak dan lebih teruk daripada Malaysia. Tetapi parlimen mereka berfungsi seperti biasa, bahas perihal rakyat dan luluskan pakej ransangan ekonomi. Bandingan kes seperti berikut:

Malaysia – 6,819 kes
Singapura – 26,098 kes
United Kingdom – 234, 439 kes

Sudah tentu SOP tertentu seperti penjarakan sosial dan saringan kesihatan perlu dipatuhi oleh setiap Ahli Dewan.

Berbeza dengan Malaysia, pakej ransangan ekonomi tidak diluluskan dalam Dewan Rakyat. Dewan Rakyat seolah tidak berfungsi. Dibisukan dan dinafikan hak wakil rakyat untuk bersuara. Hadir pada 18 Mei 2020 ini sekadar mendengar titah YDPA, kemudian sidang ditangguhkan.

Waktu inilah wakil rakyat nak bertanya soalan kepada Menteri bertanggungjawab, contohnya mengapa banyak permohonon BPN tak lulus, daripada mana sumber kewangan bagi menampung pakej ransangan ekonomi berjumlah RM250 bilion, kemana jumlah itu dibelanjakan dan sebagainya.

Bagaimana pula PAS ingin menggubal akta berkaitan pemandu mabuk, judi dan RUU355 sekiranya parlimen sidang cuma beberapa jam? Tak takut menjadi kafirkah PAS?

Kalau Muhyiddin takut dengan Usul Undi tidak percaya yang diusulkan oleh Tun Mahathir, jangan pinggirkan usul kerajaan yang lain yang melibatkan kepentingan rakyat.

Boleh jadi juga Muhyiddin bimbang usul kerajaan tidak berjaya lulus. Sekiranya situasi begini berlaku, bermakna Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti 112 ahli parlimen sekaligus menyebabkan kerajaan tumbang.

Disaat sektor ekonomi telah dibuka luas, tanpa had masa dan tanpa had pekerja, parlimen cuma sidang tidak sampai berapa jam. Teruk demokrasi dihina.

Memalukan.

Sekian.

Sumber: