Sekarang baru Apandi nak dedah? Pasal apa dulu tak dedah…

SESUDAH NIRA MENJADI TUAK, TAPAI MENJADI TODI

Dilaporkan bekas Peguam Negara Apandi Ali mendedahkan macam mana Gopral Sri Ram datang ke rumahnya atas arahan Dr Mahathir agar menangkap Najib Razak.

Kata Apandi dia ada cctv merakam kunjungan Gopal itu.

Persoalannya kenapa perkara itu didedahkan hari ini? Kenapa Apandi tidak mendedahkan perkara itu sebaik sahaja Gopal pulang ke rumahnya. Apabila sesuatu perkara sepenting itu disimpan dan baru didedahkan setelah nira menjadi tuak, tapai menjadi todi ia tidak ada guna lagi.

Di sinilah timbul soal etika dan integriti. Selalunya begitu manusia jenis jamur ini, bila hujan turun mulanya ia cambah dengan galaknya. Atau jenis pacat dan lintah bertapa dimusim kemarau dan mula merangkak bila terdengar hujan.

Bagi saya sikap bekas Peguam Negara yang juga bekas pemimpin Umno Kelantan itu tidak jauh bezanya dengan perangai orang politik yang munafik. Trims.

Sumber: