Sejarah baru, pesawat terbesar dunia kini jalani ujian penerbangan

Sejarah baru, pesawat terbesar dunia kini jalani ujian penerbangan. Pesawat terbesar di dunia dengan panjang sayap 116.73 meter terbang di langit Gurun Mojave, California untuk melengkapkan penerbangan ujian selama enam jam dan mencipta rekod baharu, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Pesawat pengangkut dinamakan Stratolaunch Roc atau Roc itu melakukan penerbangan ujian kedua pagi Jumaat lalu sambil membawa bersamanya sebuah pesawat Talon-A.

Talon-A (TA-O) ialah pesawat ujian sepanjang 8.5 meter yang boleh diguna semula dan boleh membawa muatan pada kelajuan hipersonik atau lebih lima kali ganda kelajuan bunyi.

Baca Artikel Penuh