“Sejak umur 9 tahun aku dah dipaksa jual kuih sambil naik basikal, sebabkan abang aku malu, dia suruh aku tebalkan muka jerit panggil orang beli karipap”

Hari makin hari aku serabut berfikir perkara yang tiada kesudahan. Akhirnya nanti aku yang termenung panjang mengenang nasib sendiri.

Siapa baca kisah aku dari mula mungkin akan faham apa yang aku nak sampaikan.Nama aku Dunya, anak kedua dari 7 bersaud4ra.

Sepanjang proses aku meningkat dewasa. Zaman kanak – kanak aku tak seindah mereka di luar sana. Yang boleh menikm4ti zaman keanakan dengan bermain tanpa rasa ingin cepat menjadi dewasa.

"Sejak umur 6 tahun aku dah dipaksa jual kuih sambil naik basikal, sebabkan abang aku malu, dia suruh aku tebalkan muka jerit panggil orang beli karipap"

Zaman sewaktu aku kanak – kanak adalah zaman yang paling aku takut, tr4uma, hilang keyakinan dan dalam sedar ianya membawa ke alam remaja dan dewasa. Aku seolah dituntut cepat menjadi dewasa waktu aku belum cukup mengenal erti hidup. “Betapa kerasnya dunia hari ini.”

Masa umur aku dalam 8 ke 9 tahun macam tu aku pernah tolong mak jual kuih ketayap naik basikal berdua dengan abang keliling kampung. Dari satu rumah ke satu rumah kami pergi bertanya untuk membeli jualan kami.

Baca Artikel Penuh