Seekor Ikan Tuna berjaya dilelong dengan harga lebih RM600 ribu

Seekor Ikan Tuna berjaya dilelong dengan harga lebih RM600 ribu.Pembeli ikan tuna bernilai AS$145,000 (kira-kira RM609,632) pada lelongan Tahun Baharu berharap pembelian itu akan membawa sinar pada 2022, ketika dunia masih dilanda Covid-19.

Harga tertinggi yang dibayar untuk seekor tuna pada lelongan pertama tahun ini di pasar ikan Toyosu, Tokyo, menurun bagi tahun ketiga berturut-turut, lapor AFP.

Sejumlah 16.88 juta yen (kira-kira RM610,000) yang dibelanjakan secara bersama oleh pengusaha restoran dan pemborong untuk tuna sirip biru besar.

Ia jauh di bawah rekod 2019 iaitu sebanyak 333.6 juta yen (RM 12.11 juta).

Lelongan tuna pertama di pasar Toyosu adalah tradisi yang diperhatikan dengan teliti yang menarik pemborong ikan setiap tahun.

BACA:Berlaku fenomena kilat di kutub utara, ini membimbangkan para saintis
Pemimpin Pas anggap tiada keperluan sidang khas bincang bencana banjir
Banjir kerana balak? Netizen kutip fakta tepi longkang, kata MB Kedah

Artikel ini disiarkan pada 08/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)