Secara rasmi blok kerajaan hilang 1 MP hari ini

Secara rasmi blok kerajaan hilang 1 MP hari ini.Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya berhubung permohonan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu tempat duduknya dalam Dewan Rakyat dipindahkan berhampiran blok Bebas.

Dalam sepucuk surat, Azhar mengesahkan menerima surat daripada Tengku Razaleigh mengenai permohonan beliau untuk menukar tempat duduk sedia ada ke tempat baharu berhampiran blok Bebas dalam Dewan Rakyat.

“Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

kerajaan

Pada 26 Julai, Tengku Razaleigh telah memohon pertukaran tempat duduk berhampiran blok Bebas dengan alasan tidak pernah menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam susunan tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh diletakkan bersama-sama Ahli Parlimen UMNO yang lain di blok kerajaan.

Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang telah menarik sokongan terhadap kerajaan pada Januari lalu juga diletakkan di blok kerajaan.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mesyuarat-khas-parlimen-tempat-duduk-ku-li-akan-diubah-speaker-310688

Jika Terlepas: Panas !!! Isu doktor kontrak, Dr Dzulkefly buka mulut apa PH dah buat