Sebenarnya para suami boleh kahwin lagi tanpa persetujuan isteri pertama, ini caranya ramai tak tahu

Walaupun tanpa persetujuan isteri, suami boleh berpoligami kerana ia dibenarkan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri di Malaysia kecuali di Perlis.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, menerusi Seksyen 23(6) di bawah enakmen itu tidak disebutkan

Bahawa suami perlu mendapat persetujuan isteri untuk berpoligami, sebaliknya hanya perlu mendapatkan pandangan isteri.

Sebenarnya para suami boleh kahwin lagi tanpa persetujuan isteri pertama, ini caranya ramai tak tahu

Menurutnya, pandangan isteri itu bermaksud si isteri mengetahui suaminya hendak berpoligami dan pandangan itu perlu terlebih dahulu diperolehi sebelum mahkamah bertanyakan kepada isteri mengenai perkara tersebut.

“Dalam undang-undang, bila disebut pandangan, maknanya bukan bermaksud persetujuan, sebab persetujuan memerlukan mahkamah tanya isteri sama ada setuju atau tidak untuk suami berpoligami.

Baca Artikel Penuh