“Sebelum kahwin aku minta dia potongkan kuku aku dia layan saja, lepas kahwin aku minta potongkan kuku dia buat muka bengis”

Oleh NADIA HARON

Tak tahu nak luah dekat mana lagi. Aku pilih untuk luah di sini je la. Aku ni dah berumah tangga 3 tahun

Dan ada seorang anak perempuan umur 2 tahun. Suami seorang mekanik. Aku pula suri rumah sepenuh masa.

Aku banyak kali berhasrat nak kerja tapi suami tak bagi. Alasan dia siapa nak jaga anak, upah pengasuh mahal. Aku pun ok ja la.

Suami aku ni seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dia memang menjalankan tugas dia sebagai seorang suami dan juga sebagai seorang ayah.

Cumanya, per4ngai dia sejak kami sudah kahwin ni ada berubah sikit lah. Aku ni memang masa bercinta sampai lah kami berumah tangga memang manja dengan dia. Sebelum kami ada anak, aku minta p0tongkan kuku pun dia layan.

"Sebelum kahwin aku minta dia potongkan kuku aku dia layan saja, lepas kahwin aku minta potongkan kuku dia buat muka bengis"

Tapi sejak yang kami ada anak, slowly dia malas sudah layan per4ngai aku macam tu. Pernah sekali time ni anak tidur sudah, aku minta tolong la p0tongkan kuku tangan aku sebab masa tu nampak dia pun tengah p0tong kuku dia.

Bila aku minta p0tongkan kuku tu, terus muka dia bengis lepas tu dia cakap begini, “Mau juga orang p0tong kan kuku macam sendiri ndak pandai buat!” Terus aku baring sebeIah anak aku yang tengah tidur tu. Tapi dia tarik juga tangan aku untuk p0tong kuku aku tu dalam keadaan dia marah.

Sejak dari sana, aku tidak minta p0tongkan kuku sudah dengan dia. Bukan, dia p0tong kuku nampak cantik dan kemas bah tu kuku kalau aku p0tong sendiri tidak cantik. Tidak ikut betul bentuk kuku tu. Kalau kamu fahamlah apa yang aku maksudkan.

Lepas kejadian tu, aku tidak berapa manja sudah sama dia. Banyak lagi benda lain yang aku bermanja – manja dengan dia, cuma dia tidak layan. Jadi, aku pun malas lah. Satu hari tu, kami terp4ksa LDR. Sebab kewangan. Saya dan anak tinggal di kampung suami.

Suami pula tinggal tempat tinggal pekerja dan bekerja d KK. Ada nak dekat setahun jugalah kami begitu. Jadi selama tempoh tu, dia akan balik kampung lawat kami setiap hujung minggu. Hubungan kami masa ni kadang – kadang baik kadang – kadang tidak.

Walaupun tinggal dengan keluarga suami di kampung, mertua aku kerja, so aku sendirilah yang jaga anak di kampung. Selama kami ber PJJ ni, ada satu kali kami berg4duh aku lupa sudah tentang apa tapi ayat yang suami aku ucapkan dengan aku tu yang aku masih ingat.

Time ni kami berg4duh dari WhatsApp la, jadi memang s4kit hati dan sedih pun adalah baca chat dia tu. Chat dia begini, “Aku ni penat – penat kerja di sini untuk kamu, taukah time mo balik kampung jumpa kamu hari tu aku hampir eksiden di bukit kelawat tu.”

Lepas baca chat dia yang begitu lah, aku terus lupa apa sebab aku marah. Bukan apa kami kan tinggal di kampung suami, jadi tiap bulan gaji suami pun belikan jugalah barang – barang untuk family dia di kampung. Lepas tu, suami pun ada juga bagi duit saku untuk parents dia.

Cumanya, kadang – kadang aku rasa dia terlampau lebihkan family dia. Sebab apa? Sebab selama aku tinggal di sana, apa yang aku mau makan, memang suami akan belikan, tapi dia akan belikan juga untuk family dia makan apa yang aku makan masa tu.

Tetapi, family dia bila dorang beli makanan, dorang beli untuk dorang ja. Untuk aku takde. Aku jahatkah ada perasaan begitu. Yang perasaan tidak adil. Suami aku ni bukanlah gaji besar. Dalam family dorang pun, bukan suami aku ja yang bekerja.

Dia ada adik lelaki yang kerja offshore dengan adik perempuan yang kerja kilang di semenanjung. Gaji dorang lagi tinggi dari suami aku. Tapi, kalau ada apa – apa yang tidak cukup family suami akan minta dulu dengan suami aku.

Sedangkan gaji suami aku masa tu hanya cukup untuk tampung aku dengan anak. Lepas raya hari tu, kami tinggal sama – sama sudah balik di KK. Tapi, walaupun kami sudah tinggal bersama, kadang – kadang ada ja benda yang bikin emosi dengan aku. Tapi, aku pendam ja la tidak cakap dengan suami.

Dia punya per4ngai ni kalau kami berg4duh, dia suka bagi silent treatment, terus bila dia sudah ok baru dia bercakap dengan aku seolah tiada apa yang kami g4duh sebelum ni. Sedangkan aku dengan emosi aku dengan fikiran aku masih fikir pasal perg4duhan kami. Macam semalam lah, cousin – cousin dia bawa lepak.

Sebenarnya suami cakap dorang nak lepak hari Khamis, tapi tiber bawa lepak hari Selasa. Aku masa tu bukan marah dia nak pegi lepak, tapi aku marah sebab dia tidak cuci kuali yang bekas goreng ikan tu. Kami di dapur ada satu ja kuali dengan periuk.

Takkanlah aku nak goreng telur di periuk. Jadi, kami tidak bercakap sampailah esok pagi dia pergi kerja. Sebab dia pikir aku marah dia sebab dia nak pergi lepak. Aku tau sebab malam tu aku baca chat dia dengan cousin dia.

Dia chat cousin dia begini, “tidak jadilah aku ikut kamu tiada green light”. Aku fahamlah maksud chat dia tu. Banyak lagi perg4duhan kami sebelum ni, tapi disebabkan silent treatment tu banyak salah faham yang dibiarkan.

Aku sedar aku masih di usia awal perkahwinan, sebab tu sesiapa yang sudah berpuluh tahun kahwin, bagi lah aku ni nasihat macam mana nak hadap silent treatment yang begini. Ke aku yang minta lebih – lebih dari suami?

Adakah cukup ada suami yang menjalankan tugasan, per4ngai tu biarlah? Atau aku lagi yang tidak pandai bersyukur dapat suami yang bertanggungjawab? – Oren (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Marcella Edora : Menjawab persoalan TT, ye tak bersyukur. Macam sengaja mencari kesalahan suami untuk dibuat point nak g4duh. Mengada – ngada pon ye jugak. Sikit – sikit dah laa.. lebih – lebih sape nak layan.

Sebelom laki menyampah dengan u, bawak – bawak la muhasabah diri. Aduhhh takat kuali seketul pon berkira nak basuh amende tahhhhhh.

Munirah Mokhtar : Awak tu housewife. Anak baru sorang kan. Ape yang berkira sangat nak basuh kuali tu? Suami dah tolong goreng ikan kan. Aiiyyooo. Suami tu penat bekerja. Balik rumah bagi dia rehat – rehat sikit.

BACA: Presiden MOM kesal anak dan isteri dikecam netizen gara-gara kuota khas Olimpik