Sebar maklumat salah, Twitter tutup akaun seorang wakil rakyat

Sebar maklumat salah, Twitter tutup akaun seorang wakil rakyat.Wakil rakyat Georgia, Marjorie Taylor Greene disekat di Twitter kelmarin kerana didakwa menyebabkan maklumat salah mengenai Covid-19, lapor akhbar New York Daily News.

Akaun peribadi anggota Kongres Parti Republikan itu ditutup secara tetap kerana ‘pelanggaran polisi berulang kali’, demikian menurut firma media sosial Amerika Syarikat tersebut.

“Kami jelas mengenai perkara ini. Di Twitter, kami akan menutup mana-mana akaun yang berulang kali melanggar polisi kami,” kata seorang jurucakap laman sosial itu kepada New York Daily News.

Berdasarkan sistem hukuman Twitter yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu, tiada tindakan akan diambil untuk pelanggaran polisi kali pertama diikuti akaun disekat selama 12 jam untuk pelanggaran kali kedua dan 12 jam lagi untuk pelanggaran ketiga, manakala akaun pelanggan akan dibekukan selama tujuh hari untuk kesalahan kali keempat. Kesalahan kali kelima menyaksikan akaun berkenaan ditutup secara tetap. Jurucakap Twitter tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan mesej Greene yang menyebabkan dia disekat.

Bagaimanapun, akaun profesional ahli politik tersebut kekal aktif.

Akaun peribadi Greene pernah digantung pada Ogos 2021 apabila Twitter ‘menandakan’ komennya mengenai kegagalan vaksin sebagai mengelirukan dan tidak benar. Akaunnya turut digantung pada bulan ini kerana menyebarkan teori konspirasi mengenai pusingan kedua pilihan raya Senat Georgia pada Julai tahun lalu. Beliau juga disekat pada Julai lalu kerana menyebabkan maklumat salah tentang Covid-19.

Mengulas perkembangan tersebut, Greene menyalahkan syarikat-syarikat Lembah Silikon seperti Twitter kerana hanya mengikut telunjuk rejim Presiden Joe Biden yang mahu menyekat kebebasan bersuara dan menghalang sebarang penyebaran maklumat yang tidak mendapat kelulusan kerajaan.

BACA:

Kerajaan negeri sediakan bas percuma kepada penduduk Taman Sri Muda
Itik lemas dalam banjir di Segamat, penternak alami kerugian

CATEGORIES