“Sebab saya sayang Presiden lah saya buat laporan polis” – Shahidan

“Sebab saya sayang Presiden lah saya buat laporan polis” – Shahidan

Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim bakal membuat laporan polis susulan namanya dikaitkan dalam rakaman audio perbualan telefon individu mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular sejak Selasa.

Jelas beliau, melalui laporan polis yang akan dibuat dalam masa terdekat, pihaknya berharap polis dapat mengenal pasti dan mengesahkan kesahihan rakaman audio tular berkenaan.
Menurutnya, tindakan melapor polis juga membolehkan beliau ‘membantu’ Ahmad Zahid untuk membersihkan nama pemimpin itu yang kini dituduh cuba menjalinkan kerjasama ‘sulit’ dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Bagi saya, saya suka ambil jalan perundangan, maka kita akan buat laporan polis. Laporan itu dibuat kerana nama saya disebut dalam rakaman audio (perbualan telefon) itu.

“Lebih-lebih lagi saya rasa terhina kerana di’boo’ sepanjang masa dalam PAU (Perhimpunan Agung UMNO) tempoh hari…Seolah-olah saya memang diatur untuk di’boo’. Langkah itu juga seolah-olah menunjukkan terdapat pakatan (memalukan) saya.

“Presiden (UMNO) hendak nafikan, itu hak dia…Sebab Presiden (UMNO) kata dia akan buat laporan polis, jadi kami ini (pun) sayang Presiden, maka kami juga akan buat laporan polis,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/132612/BERITA/Politik/Sayang-Presiden-UMNO-saya-kena-buat-laporan-polis-Shahidan

COMMENTS