Scammer guna teknik baru ini minta gambar payudara pelajar sekolah

Scammer guna teknik baru ini minta gambar payudara pelajar sekolah. Tular di media sosial apabila ada ibu bapa mendedahkan bahawa aplikasi Telegram anak mereka dihubungi individu yang menyamar sebagai seorang doktor kononnya mewakili guru mereka bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Individu yang menghubungi pelajar-pelajar berkenaan itu didakwa telah menggodam akaun Telegram individu lain bagi menyembunyikan identitinya yang sebenar.

Melalui beberapa tangkap layar yang dikongsi di Facebook, doktor palsu tersebut meminta pelajar berkenaan untuk berkongsi gambar tubuh badan mereka bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Baca Artikel Penuh